Projek "Kambing" Di Subuh Hari Awal pagi tadi, aku dengan beberapa kengkawan aku menjalankan projek "kambing". Aku bangun seawal pukul 3 pagi dan berkumpul dengan kengkawan aku lebih kurang jam 4 pagi. Selepas sahur bersama, kitorg bergerak ke kandang kambing.
Projek "kambing" kami sebenarnya ialah menyembelih tujuh ekor kambing untuk dijual di pasar pagi sekitar Serdang dan Bangi.
Setibanya, kami di ladang kira-kira jam 5 pagi terdapat sedikit masalah teknikal. Bekalan elektrik terputus. Huh! Tapi kami teruskan juga projek kami dengan bantuan suluhan lampu lori ke arah bangsal penyembelihan.
Setelah aku selesai "merasa" melapah seekor kambing, tiba masanya utk aku menembak foto-foto berikut di dalam kegelapan.
So, foto2 berikut ni takde la perfect mana...banyak noise pasal aku terpaksa letak iso1600 (pakai kit lense aje). Cuma limpahan lampu lori tu ada sikit syok bila shooting.